ABOUT CENGKEH HAMPER & GIFT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..............

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan SELAMAT DATANG ke dunia CENGKEH HAMPER & GIFT.

Almaklumlah sejak akhir-akhir inikan kita dapati budaya hidup masyarakat kita telah banyak berubah. Seperti yang disarankan kita digalakkan membudayakan nilai-nilai murni. Amalan kunjung mengunjung sambil membawa buah tangan begitu digalakkan. Selain itu, kita juga digalakkan untuk menghargai seseorang. Kita juga akan berasa gembira jika dapat menyediakan cenderahati  istimewa buat tetamu yang hadir ke majlis yang kita adakan sebagai tanda terima kasih atas kesudian mereka memenuhi jemputan kita.

Kadang-kadang, kita  kebuntuan  idea  dan  kesuntukan masa untuk
mencari sesuatu yang sesuai untuk orang yang kita hargai. Jangan risau, kami ada penyelesaiannya.Kami dari CENGKEH HAMPER & GIFT menawarkan perkhidmatan membuat hamper dan doorgift pada kadar harga yang murah atau dengan kata lain mengikut budget anda tetapi yang paling penting bagi CENGKEH HAMPER & GIFT perkhidmatan kami ini dapat memuaskan hati semua customer kami.

Hamper yang kami tawarkan adalah untuk semua jenis perayaan seperti Hari Raya Aidil Fitri, Hari Raya Aidil Adha, Tahun Baru Cina, Deepavali dan sebagainya.

Tidak ketinggalan juga, hamper yang kami tawarkan adalah untuk sambutan hari-hari istimewa seperti Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Hari Pekerja, Jamuan Tahunan Syarikat (Company Annual Dinner), Hari Sukan Sekolah (School Sports Day), Hari Keluarga, Hari Kanak-kanak dan sebagainya.

Viewers sekalian, ada lagi....
CENGKEH HAMPER & GIFT juga menawarkan perkhidmatan doorgift untuk majlis-majlis seperti Majlis Khatam Al-Quran, Majlis Potong Jambul dan Aqiqah, Majlis Perkahwinan, Majlis Hari Jadi dan sebagainya. Pendek kata macam-macam eventlah....

Jangan risau CENGKEH HAMPER & GIFT akan berusaha memenuhi permintaan anda. Bagi kami kepuasan pelanggan menjadi keutamaan......CUSTOMER DIDAHULUKAN KUALITI DIUTAMAKAN

No comments:

Post a Comment